May 20, 2012

Travel to London : 8 - 9 April 2012

Assalammualaikum.

Aku baru habis tengok running man 94 lepas tu dia tunjuk preview untuk next episode running man kat Old Trafford then ada Park Jisung baru teringat yang aku nak update pasal pergi sana. Aku ni dulu beriya pakai baju Man U, konon2 minat la padehal player dia pun aku x kenal sangat (poyo). Hari ketiga kat London kami pergi London Castle, Tower Bridge dan stadium area London. Old Trafford tak termasuk Old Trafford jauh gila nun.

Kat belakang tu Tower Bridge ok bukan London Bridge.

Kami mampu jalan atas Tower Bridge ni separuh jalan je sebab sejuk woi! Hujan!



Lepas tu aku bodek bodek Lecturer nak pergi Emirates Stadium (Arsenal)  dengan Stamford Bridge (Chelsea). Aku kan kaki bodek kuikui. Tapi time ni kami pergi lambat, kalau awal sikit mesti dapat tengok game hari tu (harapan la nak bagi lecturer tu nak bagi aku sorang2 tengok). 

Ini dekat Stadium Chelsea, stadium ni tak best la tak banyak tempat nak ambil gambar booo Chelsea walaupun kau baru menang. Gambar kat stadium arsenal dengan chelsea bersepah aku malas nak susun hihi.

Tak tau nama ni apa, tapi before sampai kedai ada tempat ni, lama kot kau tunggu nak ambil gambar kat sini sebab sebelum tu ada mat saleh kat sebelah aku tak nak blah aha!




FYI, stadium arsenal ni kawasan kat perumahan orang dan depan railway. Kalau ada games confirm bising gila dengan gegaran train tu lagi. Kalau aku duduk sini mesti stress!

Actually, korang boleh je nak masuk Stadium Tour, harga dalam 10-15 pound. Aku tak masuk sebab bajet lari haha lagipun nak cepat ni singgah kejap kejap je. Kalau hari tu tengok bola mesti boleh jumpa Fahrin Ahmad sebab dia pun tengok time ni huu.

Siapa siapa yang nak pergi sini better naik flight or train. Sesungguhnya bila naik bas badan akan jadi kaku sebab seat sempit perjalanan dekat 12 jam pergi balik. Return ticket dalam 25 pound. Aku dalam bas macam macam gaya dah buat sebab kaki tak boleh nak lurus.


Kalau masuk Stadium Tour korang akan di bawa masuk dalam stadium. Ada la orang guide nanti. Harga dalam berbelas pound. Habis tour je nanti dapat 1 sijil tau siap ada nama lagi, so boleh la letak dalam resume bawa pergi interview lol!

Kat sini pun aku tak masuk stadium tour je, tinggalkan kesavan dengan cousin dia lepas tu kitorang berlari shopping kat Trafford Centre. Kat sini ada prayer room tapi multi-faith scary ok nak sembahyang depan salbi besar punya dalam prayer room tu. Harga tiket untuk sehari around Manchester ialah 3.90 pound. Sorry la aku malas nak copy simbol pound dari word hehe.

Bye!

May 8, 2012

Travel to London : 5 - 7 April 2012

Assalammualaikum.


Kalau siapa siapa yang friend dengan aku kat fb or twitter mesti menyampah aku asyik update je pasal London.  Sikit sikit check in sikit sikit check haha biasalah jakun kan 1st time pergi sana. Impian dari kecik tapi dulu kat sekolah malas nak study tu yang harapan la nak study ovc.

Aku pergi 11 orang dengan kosmate UTM. Kitorang naik kat Changi sebab lagi murah dari naik dari KL tapi last2 transit kat KL jugak ceh.  Harga return ticket dalam RM3000+- including halal meal and transit hotel dekat Sri Lanka. Duit poket bawak dalam RM2000 pun dah cukup kalau yang jenis tak shopping. 

Beg aku yang besar sekali 22kg kau biasalah over muahaha.
Changi Airport best tapi takde surau




View dari dalam flight.  Time ni dekat area Kazakhstan kot aku pun tak sure. Jakun tengok salji hehe. Dari Singapore pergi KLIA dalam 2 jam lepas tu gerak ke Sri Lanka sebab kitorang naik Srilankan Airlines dalam 5 jam camtu. Then transit dekat sini 3 jam. Nak keluar Sri Lanka ke London agak strict jugak kena buka semua kasut siap minta ic siap cek passport guna kanta kot aha.


Makanan dalam flight. Nama pun Srilankan Airlines kan makanan dalam ni dari sarapan tengah hari petang malam semua kari. Naik la Srilankan kalau korang tahan aku makan pagi dengan tengah hari je 2 kali je lepas tu ambik kau loya muntah pening kepala semua ada haha. Lagi2 time otw ke London tu kan 11 jam kot journey. Kek tu yang paling ohsem sekali rasa halia aha.

Boleh tengok movie or tv series dalam ni. Ada big bang theory, how i met your mother, glee, mission impossible, sherlocks holmes macam2 la tapi macam aku boleh pulak nak tengok dah muntah2 kan. Aktiviti dalam flight aku sebelum flight naik atas aku dah tidur, bangun tidur lapar lepas tu makan lepas tu tidur balik lepas tu pening lepas tu muntah. Toilet dalam ni ada la 2 kali je aku pergi tu pun sebab muntah.
Kat sini kitorang stay kat Hostel 639, Kensal Green. Murah la jugak satu malam dalam 10-11 pound per person kalau nak compare dengan tempat lain. Ada bilik yang 8 orang ada yang 6 orang. Boleh kata Hostel ni kira tempat ahli neraka jugak la sebab orang mabuk merata2 haha scary ok. Dah la belakang hostel ni kubur huhu.

Kami kat sini memang naik tube je la setiap hari so setiap orang memang kena ada tube map ni. Senang je nak faham tube ni lagipun tube memang sentiasa ada so memang tak risau lah kalau tak sempat nak masuk pintu dah tutup sebab orang depan masuk terkedek kedek aha. Tapi orang London terer boleh menyelit walaupun pintu dah tutup separuh aku je yang gagal.


Syurga membeli belah kat London ni ialah Oxford Street. Boleh naik tube turun kat Oxford Circus kalau nak keluar kat tengah2 oxford circus or boleh turun kat Marble Arch kalau kau mampu nak jalan sampai hujung. Sepanjang Oxford Street ni je dah ada 3 kedai Clarks. Memang best la shopping. Ada duit ke tak je.

Ramainya orang kat Oxford Street ni macam ramainya orang kat Jalan Tar. Kat London ada Big Bus Tour yang mana dia akan bawa tour tempat yang best2 kat London. Harga dalam berbelas pound or 20 pound macam tu.

Madame Tussauds ni ada patung lilin ramai artis terkenal. Harga nak masuk pun dalam 20 pound. Kami memang nak masuk pun tapi bila nak beratur beli tiket terus speechless tengok orang yang ramai gila.

Haa lupa nak bagitau orang London majoriti pakai Nike, Converse dan beg LongChamp so kalau korang pun pakai brand ni tahniah anda sudah menjadi orang London. Boleh la speaking ber'slang' lepas ni.

Hari first tu kami ada pergi ke British Museum. Free entrance tapi kalau nak masuk dalam pameran haji ni kena bayar. Kami sampai sini dah lambat so kena laju2 la view. Tapi aku tak laju2 pun sebab aku duduk kat tangga je tak minat den benda2 sejarah ni.

Antara souvenir yang ada jual kat London, kena pandai cari kedai la sebab ada yang jual mahal ada yang jual murah. Kalau nak yang lagi murah dari dekat Oxford Street korang boleh pergi Bayswater. Lepas tu dekat Bayswater ada Malaysian Hall untuk mereka yang rindukan makanan Malaysia walaupun asam pedas kat situ pelik gila haha.


Ni dekat Portobello Market. Kat sini kira macam pasar malam la tapi dia siang dan dia banyak jual barang2 antik. Souvenir pun banyak tapi harga lebih kurang dekat Oxford Street je. Tshirt2 i love london dan semua yang ada tulisan london tu mostly kedai akan jual dalam 5 pound. Kalau nasib baik dapat la murah, kalau tak 5 pound pun tak dapat. Tapi aku tak pernah bernasib baik haha.


Tempat2 shopping dekat sini best tapi semua nya aku jalan separuh so update pun separuh2 la hehe. Ok tunggu next post ada banyak lagi nak cerita ni.

Bye!




About Me

My Photo
Anti sayur. Taip mesej guna dua tangan. Suka tengok perempuan cantik. Suka gadget Apple. Berharap setiap kali bangun tidur akan kaya macam Steve Jobs kbai!

friends

archives